Friday, July 30, 2010

peminat novel damya hanna

Bahagiakah Nurin Aina jika hidupnya bagai lilin membakar diri? Dia terpaksa mendepani Liyana dan Mylia yang pendendam. Begitu juga dengan Luqman serta Zamil yang mengharapkan kasihnya. Setiap wajah yang berkisah, Nurin bagai hilang luahan rasa.
Zamil mencintai Nurin. Luqman juga mencintai Nurin. Yang mana satu pilihan hati? Zamil seolah-olah putus harapan apabila Luqman hadir dalam diri Nurin. Zamil cuba menahan sebak. Jiwa lelakinya menangis. Tapi bayangan Nurin juga yang sentiasa menghantui perasaannya.
Siapakah pilihan hati Nurin? Adakah Zamil atau Luqman yang bertepuk sebelah tangan? Siapa pula yang terluka hati?

HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!
.
Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!
.
Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya.
.
Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...

RIAN sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.
Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.
Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, di saat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.
Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa?
 
 
Tiada siapa mengharap derita, namun takdir telah tertulis dlm kehidupan Nur Dhuha. Mahu atau tdk dia harus mengharunginya demi kehidupan yg lebih bahagia.
.
Syamir, walaupun kewujudannya tidak pernah dimahukan, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walaupun episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Dia masih belum puas menyeksa hidup gadis itu. lantas utk apa kembali jika utk menyakiti?
.
Nur Dhuha didera secara mental dan fizikal. Walau derita, jauh di sudut hatunya, dia tetap mendambakan kasih syg. Bencinya pd Syamir hanya di bibir. Luka yg dicipta oleh Syamir berulang kali dirawat sendiri hingga sabarnya mencapai kemuncak. Dia akhirnya cuba membebaskan diri demi mencari bahagia yg hakiki.
.
Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Dia mula mengesan perubahan diri lantas kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafaan.
 
 Pengalaman mengajar erti kedewasaan. Qasdina menjadi tonggak keluarga. Dalam meniti usia remaja, dia juga mempunyai cita2. namun demi adik2 yg masih bersekolah dan ayah yg dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan. Misi dia sekarang adalah utk memburu lelaki kaya!.
Zariel- Lelaki pertama yg berjaya mencuri perhatian, kacak, kaya dan romantis. itu la ciri2 lelaki idamannya. tetapi lelaki itu tidak seperti yg disangkakan. Ego dan menjengkelkan hatinya.
.
Iqram- kehadiran lelaki ini kerap mengganggu emosi. Qasdina jadi rimas. Tiada langsung kriteria lelaki pujaannya. namun sifat peribadi Iqram yg penuh rahsia dan kesederhanaan sifatnya berjaya meruntun hatinya.
.
Ternyata cinta itu indah. Namun dia sedar hanya kejayaan menggapai cita2
bakal melengkapkan hidupnya. Ikutkan hatinya nak memiliki kedua-duanya sekali! Dia berhak bahagia. ketentuan ILAHI menentukan segalanya. 
 
 
Kemana jua langkahnya dibawa, kisah duka amat sukar luput dari ingatannya. Tanpa kata perpisahan, Shafika kabur dari pandangan mata. lantaran itu jiwa Fariz lumpuh tak keruan.
.
bertahun lamanya memendam rasa, muncul Viviana menarik perhatian. Pertemuan pertama bagai dirancang, namun hakikatnya ada rahsia yg tersingkap. Fariz tidak mampu mengelak andai sejrah bakal berulang. Apakah daya, perbezaan adat dan agama menyekat dirinya utk berangan2 tinggi.
.
Disaat kemelut melanda muncul Siti Nur Ain. Fariz pasti...sinar buatnya akan terserlah andai mereka tabah menghadapi dugaan. Siap yg menjadi pilihan Fariz? dia berserah walaupun pasti ada hati yg terluka dgn keputusannya.
 
p/s:bli la novel2ni .. sya salah  seorang peminat novel damya hanna

0 comments:

Post a Comment

comment lorh !!

 

k e h a d i r a n n y a ~ Copyright © 2010 Design by Ipietoon